Broadcom Guna Dana $10.7 Bilion Untuk Membeli Symantec

243

Broadcom, salah sebuah syarikat pembuat cip telah berjaya mendapatkan pemilikan terhadap syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang sekuriti siber, Symantec Corporation dengan nilai $10.7 bilion. Pembelian yang dibayar secara tunai itu telah diumumkan oleh Broadcom semalam.

Pembelian ini menguatkan lagi usaha Broadcom untuk meluaskan bisnes mereka yang sekarang ini tertumpu kepada pembuatan memori-cip.

Symantec merupakan syarikat sekuriti siber terbesar di AS yang menawarkan perisian antivirus, membantu syarikat lain melindungi data mereka daripada diceroboh oleh penggodam atau serangan virus.

Sebelum ini, Broadcom telah membeli syarikat pembuat alatan rangkaian iaitu Brocade pada tahun 2017 dan syarikat keselamatan, CA Technologies pada 2018.

Tahun lepas Braodcom telah melakukan percubaan untuk membeli pesaing utama mereka, Qualcomm dengan nilai $117 bilion namun hajat mereka disekat oleh Presiden AS, Donald Trump yang menyifatkan tindakan itu memberi kerisauan kepada pihak kerajaan kerana melibatkan isu keselamatan.

Kerajaan mahu Syarikat Qualcomm membangunkan teknologi 5G untuk menyaingi syarikat dari China, Huawei yang tampak sudah mendahului dalam teknologi ini. Kerajaan melihat jika pengambilalihan itu berjaya dilakukan, ia boleh mengganggu dana kajian dan penyelidikan terhadap teknologi 5G.

Pengambil alihan bagi syarikat Symantec dilihat agak mudah kerana tidak perlu melalui Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS. Ini kerana syarikat itu telah memilih untuk memindahkan ibu pejabat mereka dari Singapura ke San Jose, Californa April lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat