Buat ECB, Mohon Jangan Abaikan Amaran Ini!

226

Bank Pusat Eropah (ECB) perlu memperkenalkan rangsangan dasar monetari tambahan pada bulan Disember untuk mencegah risiko deflasi di Zon Eropah, gesa ketua ekonomi Bank of Spain.

Oscar Arce, memberitahu bahawa terdapat kecenderungan penurunan harga yang kuat, bukan hanya di Sepanyol tetapi juga di seluruh Zon Eropah. Oleh itu, para pembuat dasar perlu bertindak cepat untuk menangkis risiko tersebut.

Indeks harga pengguna Eropah yang berada di bawah sifar sejak bulan Ogos disebabkan pandemik coronavirus telah menjejaskan permintaan dan membawa inflasi jauh lebih rendah daripada sasaran bank pusat.

Deflasi, penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan sehingga ke upah, boleh membawa kerosakan kepada ekonomi. Situasi ini dapat dilihat ketika berlakunya Great Depression.

Pasaran sememangnya menjangkakan akan melakukan pelonggaran pada mesyuarat polisi Disember berikutan petunjuk yang telah diberikan oleh ECB sebelum ini, namun masih tidak jelas langkah apa yang akan diambil bank pusat itu.

Walaupun ECB meramalkan bahawa harga pengguna akan meningkat semula pada awal tahun 2021, namun ia juga bersedia untuk mengkalibrasi semula semua alat dasar monetarinya pada bulan depan dan menggesa kerajaan supaya meningkatkan perbelanjaan fiskal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat