Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Situasi Pasaran Lebih Berhati-hati

187

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tadi lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam pasaran tempatan.

Tepat jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 2.47 mata kepada 1,514.11 daripada 1,516.58 pada penutup Jumaat lepas.

Indeks barometer pula dibuka 0.67 mata lebih mudah pada 1,515.91 kemudiannya bergerak antara 1,513.27 dan 1,520.98 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran pula adalah negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 529 berbalas 356. Manakala, 940 kaunter lagi tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 1.90 bilion unit yang bernilai RM1.01 bilion.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, keadaan pasaran kekal berhati-hati berikutan peningkatan ketidakstabilan pasaran di peringkat global.

Merek juga menjangkakan indeks penanda aras akan bergerak dalam julat 1,510 hingga 1,520 sepanjang hari ini.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group Holdings Bhd menokok dua sen kepada RM6.25, IHH Healthcare Bhd meningkat empat sen kepada RM6.15, CelcomDigi Bhd naik tiga sen kepada RM4.24 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd meningkat lima sen kepada RM4. 70.

Malayan Banking Bhd tidak berubah pada RM9.34, Public Bank Bhd susut satu sen kepada RM4.42, Tenaga Nasional Bhd turun lapan sen kepada RM10.78 dan Petronas Chemicals Group Bhd susut lima sen kepada RM6.73.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan menambah empat mata kepada 7,173.21, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.37 mata kepada 172.24, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 0.7 mata kepada 17,004.23, Indeks Hartanah susut 6.33 mata kepada 904.52, dan Indeks Tenaga susut 11.19 mata kepada 869.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat