Bursa Malaysia Merudum Dari Prestasi Pada Penghujung November

274

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.2 mata pada 1,516.4 daripada penutupan Khamis pada 1,517.6.

Ia dibuka rendah ekoran ketiadaan sebarang pemangkin baharu untuk meningkatkan sentimen pasaran.

Indeks dibuka 0.57 mata pada 1,518.17.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 240 berbanding 114, manakala 229 kaunter pula tidak berubah, 1,729 tidak didagangkan dan 38 digantung.

Jumlah perolehan pada 168.48 juta unit bernilai RM72.22 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan ia dipercayai aktiviti dagangan yang perlahan mungkin disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 di dalam negara dan keluaran keputusan yang lemah daripada jangkaan semasa musim laporan kewangan semasa hasil daripada situasi perintah kawalan pergerakan penuh pada suku ketiga 2021.

Tambahnya lagi, pasaran mungkin mengukuh sehingga akhir bulan sebelum menuju ke tempoh beli-belah pada Disember.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Tenaga Nasional Bhd naik 9 sen pada RM9.47, Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare kekal pada RM4.02, RM8.44 dan RM6.67 sementara Malayan Banking Bhd susut 1 sen pada RM8.10 dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 5 sen pada RM5.12.

Saham aktif memperlihatkan Solution Group Bhd meningkat 4.5 sen pada 56.5 sen, Tanco Holdings Bhd kekal pada 27 sen sementara ATA IMS Bhd menurun 30 sen pada 52 sen, G3 Global Bhd merundum 1.5 sen pada 11.5 sen, MMAG Holdings menyusut 1 sen pada 9 sen dan Luster Industries Bhd terjatuh 0.5 sen pada 12 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 3.16 mata ke 12,110.97, indeks FBM emas jatuh 5.82 mata pada 11,153.75, indeks FMBT 100 susut 6.71 mata pada 10,818.66, FBM 70 turun 1.61 mata pada 14.633.86 dan DBM ACE hilang 25.21 mata pada 6,627.09.

Indeks Industrial Products and Services menurun 0.57 mata pada 198.82, indeks indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 30.68 mata pada 15,198.84 dan indeks Perladangan merundum 26.41 mata pada 6,552.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat