Butik Mewah Di London Bakal ‘Bungkus’ Selepas Pelantikan Menteri Kewangan UK Baru!

425

Kenyataan Canselor Perbendaharaan baharu, Jeremy Hunt dalam membatalkan rancangan membenarkan para pelancong asing menuntut balik cukai nilai tambah (VAT)* telah memberi kejutan kepada emporium mewah London.

*Cukai rata yang dikenakan ke atas sesuatu barang

Hunt dikatakan telah mengetatkan dasar fiskal selepas Perdana Menteri Liz Truss dan bekas canselor Kwasi Kwarteng bertindak membuat pinjaman awam lebih tinggi.

Hal ini berikutan kerana Kwarteng percaya bahawa program membeli-belah tanpa VAT akan membenarkan pelancong mendapatkan semula bayaran cukai 20% selepas mereka pulang ke negara asalnya.

Namun begitu, beliau dipecat serta merta pada minggu lalu susulan kebanyakan pelabur bimbang tentang kesan yang akan berlaku sekiranya membuat pemotongan cukai tidak dibiayai.

Menurut Helen Brocklebank, Ketua Pegawai Eksekutif di Walpole meluahkan kekecewaannya ekoran kerajaan enggan meneruskan dasar tersebut yang membolehkan jualan runcit menjana keuntungan sebanyak £1.2 billion (RM6.39 billion).

Oleh demikian, Brocklebank dan canselor baharu akan menyemak semula manfaaat yang akan diperoleh jika membeli barangan tanpa VAT kerana ia berkemungkinan dapat memajukan ekosistem serta menyokong pekerjaan di seluruh negara.

Sementara itu, butik terkemuka di bandar Paris, Madrid dan Milan lebih menjadi pilihan pelancong dengan memperoleh keuntungan £5 juta seminggu susulan golongan berada lebih berminat membeli-belah di bandar itu berbanding London disebabkan caj VAT yang dikenakan.

Difahamkan bahawa UK merupakan salah satu negara Eropah yang tidak melaksanakan beli-belah tanpa cukai dalam menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke nagaranya.

Dalam pada itu, pengarah perniagaan dan peraturan BRC, Tom Ironside menegaskan bahawa pelaksanaan dasar tersebut dapat membantu mengukuhkan kedudukan UK sebagai destinasi utama pembeli antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat