Cabaran Data NFP : Sektor Perkhidmatan US Perlahan Bulan Lalu

44

Jumlah penduduk Amerika mendaftar bagi tuntutan faedah pengangguran jatuh minggu lalu menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin ketat sekaligus memberi isyarat positif kepada Federal Reserve dalam usaha pengetatan polisi.

Namun, pasaran buruh dilihat perlahan bulan lalu selepas laporan sektor ekonomi terpenting meleset daripada jangkaan pasaran. Indeks PMI sektor perkhidmatan US jatuh ke paras terendah sejak 11-bulan lalu.

Sektor perkhidmatan mewakili hampir 80% ekonomi Amerika Syarikat dan penganalisis dilihat bimbang dengan melesetnya data yang dikeluarkan pada Khamis, kerana ia juga mampu mengheret inflasi lebih rendah.

“Sektor ini semakin perlahan, yang menjadikan sasaran inflasi 2% Fed sedikit sukar dicapai,” kata Chris Rupkey, ketua penganalisis ekonomi di MUFG New York. “Tetapi dengan pasaran buruh yang semakin ketat, bank pusat dijangkan akan terus mengekalkan rangsangan semasa.”

Walaubagaimanapun, satu lagi petunjuk sektor pekerjaan menunjukkan keadaan yang kukuh ketika ini di Amerika Syarikat. Jumlah tuntutan pengangguran terus berada tidak melebihi daripada 300,000 sejak 126 minggu yang lalu.

Penganalisis ekonomi percaya bahawa pasaran pekerjaan yang semakin baik akan menggalakkan Fed membuat pengumuman pengurangan penyata imbangannya. Namun begitu, bank pusat dijangka hanya akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Disember yang mana Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini.

Untuk data Non-Farm Payroll (NFP) kali ini, tambahan pekerjaan dijangka sebanyak 182,000 selepas melonjak sehingga 222,000 pada Jun. Manakala kadar pengangguran dijangka susut kepada 4.3%.

Purata gaji per/jam (Average Hourly Earnings) pula dijangka akan naik sebanyak 0.3% daripada 0.2% sebelum ini. Pasaran membuat jangkaan positif kepada bacaan kali ini yang mana jika ia meleset sudah tentu menyebabkan kejatuhan US dolar. Data ini adalah data terpenting daripada ketiga-tiga data pekerjaan yang lain kerana ia boleh mempengaruhi bacaan inflasi sekaligus keputusan penetapan polisi monetari bank pusat.

 

SIRI 3: Fokus Bank Pusat US Pada Kenaikan Gaji, Kesan Langsung Terhadap Pasaran

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat