Cardano Semakin Garang Cipta ATH Terbaru, Bakal Ke Paras $5?

1,193

Cardano semakin garang kerana menyaksikan potensi yang cemerlang pada sesi dagangan bulan Ogos ini.

Harga Cardano mencecah paras tertinggi $2.45 dengan 24% lonjakan semalam, namun pada sesi dagangan hari ini Cardano telah berjaya mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $2.55.

Sentimen yang mendorong lonjakan tersebut, juga menjadi satu penantian oleh para pelabur adalah pelancaran kontrak pintar ‘hard fork Alonzo‘ yang berlangsung pada 12 September.

Peningkatan ini meletakkan Cardano dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencabar Ethereum, kini menjadi peneraju antara blockchain dengan fungsi kontrak pintar.

Seterusnya, menarik jika dilihat pada carta ADA/USDT yang menjadi tumpuan para pelabur.

Sesi dagangan bulan Ogos nampaknya ADA telah menghasilkan 36% lonjakan dan berjaya mencatatkan ATH terbaru dalam beberapa jam yang lalu.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga ADA dilihat masih kekal dengan trend bullish dan sedang menguji paras resistance sekitar $2.4 yang merupakan paras ATH sebelum ini.

Jika di perhatikan pada time frame (TF) Daily, ADA dilihat seperti memberi gambaran corak untuk membuat cup of handle yang dianggap sebagai isyarat bullish.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika Cardano kekal dengan trend bullish, paras resistance sekitar $2.4 bakal ditembusi.

Paras tersebut juga menjadi penentu samada ADA membuat kenaikan agresif dan mencatatkan ATH terbaru berturut-turut.

Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend bearish, paras RBS (resistance become support) sekitar $2.20 menjadi tumpuan utama untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, ADA didagangkan pada harga sekitar $2.48 melonjak lebih 17% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat