Carney: Gambaran Besar Inflasi Kekal Sama

40

Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney berkata pada Selasa bahawa “gambaran besar” bagi inflasi kekal sama, walaupun dengan data harga pengguna (CPI) yang meleset daripada jangkaan, dan faktor utama masih lagi kejatuhan Sterling sejak undian Brexit tahun lalu.

“Itu lah yang menolak inflasi ke atas, dan inflasi akan berada di atas sasaran dalam satu tempoh dan data pada hari ini adalah konsisten dengan perkara tersebut,” kata beliau kepada Sky News pada Selasa.

Bank of England setakat ini memilih untuk tidak bertindak balas terhadap kenaikan inflasi melebihi sasaran 2% dengan menaikkan kadar faedah.

Rasional kepada perkara ini kata bank pusat adalah disebabkan kesan Brexit kepada kelemahan Sterling adalah sementara.

Harga pengguna (CPI) UK jatuh dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun kepada 2.6% berbanding jangkaan 2.9% dan bacaan sebelum ini 2.9% pada Mei. Bacaan tahunan ini juga adalah yang pertama kali merosot sejak Oktober 2016.

Walaubagaimanapun, tiga ahli pembuat polisi dalam bank pusat mengundi kenaikan kadar faedah pada Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat