China “Bersedia Sepenuhnya” Jika Perang Dagang Dengan Amerika Bermula

859

China sudah bersedia “sepenuhnya” jika perang perdagangan dengan Amerika Syarikat bermula pada minggu ini. Selepas beberapa siri rundingan gagal, tariff terhadap China dijangka akan bermula pada Jumaat (6 Julai).

Washington akan mengenakan tariff berjumlah $34 billion terhadap import China, manakala Beijing berkata akan membalas balik dengan amaun tariff yang sama terhadap produk dari Amerika Syarikat.

Jurucakap Menteri Luar memberitahu wartawan bahawa China “bersedia sepenuhnya untuk mengambil langkah yang sepatutnya bagi melindungi kepentingan negara.

Antara produk dari Amerika Syarikat yang dijangka menjadi sasaran adalah produk soya, wiski, sehingga pembuat kereta Ford dan Tesla.

Ketegangan semakin meningkat apabila China mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya yang merancang ke Amerika Syarikat berikutan ketegangan dalam isu perdagangan dan beberapa perkara lain. Amaran itu dikeluarkan pada hujung minggu lalu yang diumumkan di laman sesawang Kedutaan China di Washington.

Pasaran saham China jatuh sehingga 3% sejak kemelut ini memuncak berikutan kebimbangan pelabur. Dalam masa yang sama matawang Yuan juga tertekan dan jatuh mendadak berbanding US dollar sejak minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat