China Kacau USD Nak Menguat Sebelum FOMC

681

Sentimen positif berterusan pada pasaran sesi Eropah, melihatkan mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan lebih tinggi.

Terdahulu pada sesi Asia, badan pembuat keputusan tertinggi Parti Komunis (Politbiro) mengumumkan akan meningkatkan rangsangan dasar untuk menyokong pemulihan ekonomi China.

Selain itu, bank milik kerajaan China juga bertindak menjual US dolar dan membeli yuan untuk mengekang kelemahan mata wangnya.

Ini menyebabkan yuan mengukuh dan pasaran saham positif, sekali gus turut memberi sokongan buat dolar Aussie dan New Zealand untuk menguat.

Pelabur dolar Aussie kini menantikan penerbitan data inflasi Australia untuk suku kedua pada sesi Asia esok (Rabu) yang boleh menentukan arah pergerakan mata wang itu seterusnya.

Pengukuhan yuan sedikit merencatkan dagangan raja mata wang US dolar untuk mengukuh menjelang mesyuarat dasar FOMC.

Ia diperlihatkan pada dagangan greenback yang bercampur-campur, dengan indeks dolar terus berlegar pada sekitar harga yang sama pada 101.30.

Menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York adalah terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat untuk bulan Julai.

Euro melanjutkan kelemahan pada sesi Eropah, masih terkesan oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang menyuramkan serta laporan indeks iklim perniagaan Jerman Ifo yang lebih rendah daripada jangkaan.

Mata wang pound pula sedikit berubah dengan harga dilihat masih berlegar pada sekitar zon yang sama berbanding dolar greenback.

Selain itu, yen juga mempamerkan pergerakan mendatar, di mana harga kekal didagangkan lebih lemah berbanding US dolar.

Dolar Kanada pula menguat sejajar dengan mata wang komoditi lain dolar Aussie dan New Zealand yang meningkat, ditambah pula sokongan daripada dagangan minyak mentah yang lebih kukuh.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat