China Sasarkan EU Sebagai Sekutu Baru Sektor Perdagangan

54

Perdana Menteri China, Li Keqiang memberitahu diplomat EU, Federica Mogherini bahawa China dan Kesatuan Eropah harus menggalakkan isyarat positif terhadap globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas serta adil.

Memetik kenyataan di laman web Kementerian Luar China pada Rabu, sebelum ini Li berpendapat bahawa China dan EU yang merupakan antara kuasa besar di dunia harus bertindak balas kepada cabaran global, pembaharuan serta penambahbaikan sistem tadbir urus antarabangsa, disamping menggalakkan isyarat positif globalisasi ekonomi.

Sejak Trump mengambil alih jawatan Presiden AS, beberapa diplomat Eropah mendapati China telah meletakkan EU sebagai sasaran untuk mencari sekutu baru kerana dengan dasar perlindungan America First yang dibawa oleh Trump.

Di dalam laman sesawang terbabit, Mogherini turut mengatakan bahawa China dan EU memikul tanggungjawab dalam melindungi perintah antarabangsa dan perlu bertindak balas terhadap perubahan iklim global yang lain.

Dalam masa yang sama, EU juga dikatakan sentiasa berhati-hati dengan tindakan rakan dagangan kedua terbesar itu kerana kebanyakan kumpulan perniagaan asing mengatakan China menjalankan diskriminasi dengan dasar-dasar yang mengehadkan akses pasaran dan menyokong pesaing domestik.

EU merancang untuk menjalankan perjanjian pelaburan dua hala dengan Beijing untuk memudahkan syarikat-syarikat Eropah menjalankan perniagaan di China.

Sentimen yang Mempengaruhi Matawang Utama Bagi Sesi Eropah Pada Rabu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat