Comey Dijangka Berhati-Hati Dalam Keterangannya Di Kongres

38

Bekas Pengarah FBI James Comey dijangka menahan dirinya daripada menuduh “Presiden Donald Trump yang cuba mengganggu penyiasatan terhadap kaitan kempen pilihanraya Trump dengan pegawai Rusia” dalam keterangan beliau di Kongres Khamis ini.

Keterangan Comey di hadapan Jawatankuasa Perisikan Senat (Senate Intelligence Committee) pada Khamis akan menjadi satu kontroversi yang akan menyukarkan pentadbiran baru US ini.

Ini merupakan ucapan terbuka pertama Comey sejak dipecat oleh Trump bulan lalu dan beliau dijangka akan memberitahu Senat apa yang diperkatakan Trump semasa di White House kepada beliau berkaitan siasatan terhadap bekas penasihan Michael Flynn.

Dua pakar undang-undang mengatakan Comey akan menghindar daripada siasatan baru yang diketuai oleh Special Counsel Rober Mueller atau siasatan Kongres yang berasingan.

“Saya jangka beliau akan bercakap tentang fakta dan peristiwa secara spesifik,” kata Jack Sharman bekas special counsel dalam Jawatankuasa Kongres yang menyiasat Presiden Bill Clinton pada tahun 1990-an.

Agensi perisikan US sebelum ini menyatakan pada Januari bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin tidak hanya mengarahkan untuk memburukkan keyakinan dalam pilihanraya US, tetapi juga memberi hasil daripada pilihanraya tersebut.

Comey memberitahu Kongres pada 20 Mac bahawa FBI sedang menyiasat peranan Moscow dalam pilihanraya termasuk kaitan mereka dengan kempen Trump.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat