Cool Airdrop! Brave Browser Tawarkan NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) Bernilai 80 ETH Secara Percuma!

461

Akhirnya Brave Wallet sedia memenuhi permintaan komuniti melalui kehadirannya di pelayar Brave Browser – tidak seperti Metamask dan Coinbase Wallet yang perlukan pemasangan plug-in pelayar.

Brave Wallet tampil dalam kedua-dua versi: desktop dan platform mudah alih.

Perasmian Brave Wallet diikuti dengan giveaway ‘Swap-stakes’ selama 6 hari bermula hari ini waktu Malaysia.

Difahamkan Brave akan memberi beberapa token secara percuma, termasuk non-fungible token (NFT) dengan tawaran menarik, koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) bernilai 80 ETH bersama 1,000 BAT kepada 5 pemenang lain.

Rincian Swap-stakes

  • Giveaway beberapa aset kripto, bermula daripada Ether (ETH)-Solana (SOL)-Basic Attention Token (BAT).
  • Begitu juga giveaway berbentuk NFT: Lazy Lions, Pudgy Penguins, dan World of Women.
  • Giveaway bermula hari ini, jam 4 petang sehingga 14 Mac, jam 4 petang waktu Malaysia.
  • Hadiah yang ditawarkan berbeza setiap hari dalam tempoh tersebut.
  • Untuk sertai, pengguna perlu ada Brave Wallet yang aktif dan gunakan Brave Swap dalam wallet tersebut dengan menukarkan satu token kripto sehari.
  • Brave Wallet ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna Brave Browser. Jika anda belum ada Brave Browser, kenalah muat turun terlebih dahulu pelayar Web3 ini.
  • Terbuka untuk seluruh warga Amerika Syarikat (AS), berusia 18 tahun dan ke atas.

Mereka yang bertuah akan menerima NFT ‘golden ticket’ dalam wallet pemenang. Tiket tersebut boleh ditebus untuk dapatkan hadiah sebenar melalui pengiriman emel codeword tertentu kepada pihak Brave.

Ini merupakan satu airdrop yang menarik dalam mempromosikan produk terbaharu mereka. Ia dijamin selamat untuk penggunanya kerana tiada maklumat peribadi diminta oleh pihak Brave.

Ketika penulisan BAT didagangkan pada $0.6476, meningkat hampir 4% dalam 24 jam.

Aset ini perlukan lonjakan sekitar 197% untuk menebus nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $1.92 yang direkod pada 28 November 2021.

Apa-apa pun, adakah anda pengguna Brave Browser?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat