Covid-19 ‘Serang’ Beijing Pula!

642

Pihak berkuasa Beijing berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan lonjakan kes coronavirus ketika Shanghai masih bergelut dengan penutupan ketat di bawah polisi sifar Covid-19 China.

Jumlah jangkitan baharu di ibu negara meningkat sebanyak 22 kes pada hari Ahad, di mana semuanya ditularkan secara tempatan, menurut laporan rasmi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Beijing setakat ini masih tidak mengambil langkah untuk menutup ibu kota itu, tetapi mereka telah mengarahkan beberapa gimnasium dan penyedia aktiviti selepas sekolah untuk menangguhkan kelas secara bersemuka.

Rakyat juga telah bergegas mendapatkan bekalan makanan berikutan terdapat khabar angin mengenai langkah sekatan akan dilaksanakan dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, penduduk daerah Chaoyang, kawasan terbesar di bandar itu dengan populasi 3.45 juta orang perlu menjalani tiga ujian Covid-19 pada minggu ini.

Pegawai kesihatan Pang Xinghuo berkata pemerhatian awal menunjukkan wabak coronavirus telah menular tanpa disedari di ibu negara selama seminggu, sehingga menjejaskan sekolah, aktiviti pelancongan dan banyak keluarga.

Risiko penularan yang berterusan dan tersembunyi adalah tinggi dan keadaannya suram, kata jawatankuasa parti perbandaran Beijing selain turut mengatakan bahawa seluruh bandar Beijing mesti bertindak segera.

Penularan di Beijing berlaku ketika Shanghai masih lagi bergelut dengan penutupan di seluruh bandar. Sebanyak 51 kematian baharu dilaporkan pada hari Isnin berbanding 39 pada hari sebelumnya, menjadikannya angka paling tinggi dicatatkan sejak gelombang baharu bermula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat