Craig Wright Ugut BTC Dan BCH Dengan Tindakan Undang-undang!

333

Sebelum ini, kita didedahkan dengan kisah identiti misteri di sebalik penciptaan Bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto. (Klik sini)

Berikutan dengan misteri yang masih belum terungkai hingga ke hari ini, terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya adalah Satoshi Nakamoto yang sebenar. Salah seorang daripadanya ialah Craig Wright, seorang jutawan matawang kripto yang terkenal.

Baru-baru ini beliau  telah memberikan amaran kepada Bitcoin (BTC) dan Bitcoin Cash (BCH) dan menggesa mereka untuk menghentikan penggunaan rangkaian data Bitcoin.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa akan mengenakan tindakan tegas terhadap kedua-dua firma berkenaan kerana telah melanggar undang-undang EULA dan Lesen MIT asal Bitcoin.

Menurut catatan di blog peribadinya baru-baru ini, Craig menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih kawalan sistem yang dibuatnya serta bersedia untuk mempertahankan haknya pada tahun ini.

Tambahan daripada itu, beliau menegaskan bahawa bitcoin dianggap sebagai harta peribadi kerana dilindungi oleh Akta Hak Cipta, Reka dan Paten 1988 (CDPA) dan Peraturan Pangkalan Data 1997.

Di samping itu, pembahagian sejumlah bitcoin didakwa hanya berasaskan perjanjian lisan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat