“Cryptoization” – IMF Tidak Senang Duduk Dengan Pertumbuhan Matawang Kripto

713

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak senang duduk dengan fenomena “cryptoization” dan pertumbuhan stablecoins mengundang risiko kepada institusi kewangan global.

“Cryptoization”

Laporan Kestabilan Kewangan Global menjelaskan “cryptoization” – penggunaan matawang digital atau asing bagi sesebuah negara sebenarnya mengundang risiko besar dan bukanlah saranan untuk memantapkan ekonomi negara membangun.

Misalnya El Salvador, penggunaan Bitcoin (BTC) telah merumitkan usaha bank pusat untuk menentukan dasar monetari sekaligus mengundang risiko liquidity dan melemahkan ekonomi negara.

Laporan itu menekankan 3 cabaran peralihan yang dihadapi ekonomi global:

  1. Pandemik COVID-19
  2. Perubahan iklim
  3. Matawang kripto

Ekoran daripada itu, IMF mencadangkan kewujudan dasar yang berupaya memperlahankan atau menghentikan peningkatan permintaan kripto, termasuk mengukuhkan dasar monetari, perlindungan kebebasan bank pusat, dan perlaksanaan perundangan yang berkesan bagi menyekat penggunaan matawang asing.

Selain itu, IMF menyarankan kerajaan bagi setiap negara untuk pertimbangkan matawang digital bank pusat (CBDC) bagi mengurangkan cryptoization, sekaligus memenuhi kehendak domestik dalam perkembangan teknologi pembayaran.

Stablecoins

IMF berpendapat stablecoins seperti Tether (USDT) dan USDC membawa ancaman kepada sistem kewangan global.

Disebabkan itu, IMF yakin satu penambahbaikan besar perlu dilakukan terhadap standard pendedahan untuk pengeluar stablecoin, setara dengan yang telah digunakan bank komersial dan dana pasaran wang bagi tujuan untuk menstabilkan pasaran stablecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat