Dabelle: Pengetatan Kadar Bank Pusat Lain Tidak Bermakna Australia Juga Perlu Menaikkan Kadar

41

Pegawai tertinggi bank pusat memberikan isyarat jelas bahawa kadar faedah di Australia akan dikekalkan di paras terendah pada masa ini dan tidak akan mengikuti pengetatan kadar faedah bank pusat yang lain. Hal ini telah menyebabkan Aussie dolar jatuh pada awal sesi Asia hari ini.

Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Dabelle bercakap di Adelaide pada Jumaat.

“Kadar polisi di Australia tidak perlu jatuh ke paras terendah seperti yang dilihat di negara lain dan hakikat yang menunjukkan bank pusat yang lain menaikkan kadar faedah mereka tidaklah secara automatik bermaksud kadar faedah di sini juga harus dinaikkan,” Timbalan Gabenor RBA Guy Dabelle.

Berikutan komen Dabelle, Aussie dolar adalah satu-satunya matawang utama yang melemah berbanding US dolar dan kejatuhan AUDUSD jelas dilihat pada pukul 9 pagi tadi sehingga merekod kejatuhan hampir satu peratus ke paras terendah 0.7875.

“Dabelle secara jelas mengurangkan peluang dan jangkaan kenaikan kadar,” kata penganalisis ekonomi di Commonwealth Bank of Australia, Cristina Klifton.

“Kami tidak melihat isyarat kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat.” tambahnya.

Tumpuan pasaran ketika ini terarah kepada data inflasi pada suku kedua diikuti oleh ucapan Gabenor Philip Lowe Rabu depan.

Tambah Dabelle dalam kenyataan pagi tadi, kenaikan nilai Aussie dolar menyukarkan transisi ekonomi di mana ia bertentangan dengan faedah yang akan diraih dengan kadar faedah rendah dan pertumbuhan pantas ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat