Dagangan Emas Kembali Suram Dalam Sesi Asia

61

Emas memasuki dagangan merosot hari ini selepas Moody’s Investors Service telah menurunkan penarafan kredit China kepada A, sekali gus mengubah prospek kekuatan kewangan China bagi beberapa tahun akan datang.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.30 peratus kepada $1,251.69 satu troy ounce. China dan India merupakan pengimport emas terbesar di dunia. Justeru, sebarang pengurangan permintaan bagi emas akan mempengaruhi sentimen komoditi ini.

Pelabur juga bakal meneliti laporan minit Fed bagi mesyuarat April awal pagi nanti untuk melihat sama ada prospek kenaikan kadar oleh Fed terjejas dengan data ekonomi semasa dan perkembangan geopolitik.

Menurut Fed rate monitor tools, prospek kenaikan kadar oleh Fed diletakkan pada 80 peratus pada bulan Jun berbanding 67 peratus pada minggu sebelumnya.

Kelemahan data ekonomi yang dikeluarkan baru-baru ini gagal untuk membenamkan jangkaan kenaikan kadar bagi bulan Jun sekali gus menolak hasil perbendaharaan AS dan US Dollar ke tahap tertinggi.

Indeks pembuatan Markit dilaporkan jatuh ke paras terendah dalam tempoh lapan bulan dengan bacaan 52.5 manakala indeks perkhidmatan PMI meningkat melebihi jangkaan penganalisis ekonomi.

Dalam laporan berasingan pada Selasa, Jabatan Perdagangan berkata bahawa jualan rumah baru jatuh pada bulan April kepada kadar tahunan bermusim sebanyak 569,000.

BoJ Perlu Lakukan Sesuatu Bagi Mencapai Sasaran Inflasi : Ben Bernanke

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat