Dagangan Pound Berisiko, GBP/USD Bakal Membuat Penurunan Semula?

834

US dolar kekal berada dalam tekanan bergerak lemah berbanding matawang utama yang lain sehingga semalam dengan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China masih membimbangkan para pelabur.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi ini tidak begitu memberi impak ketara terhadap pergerakan US dolar. Penggubal polisi bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah di paras yang rendah untuk tempoh lebih panjang manakala tiada perbincangan berkenaan kadar faedah negatif.

Sementara itu, Pound Sterling pula dilihat antara matawang yang turut bergerak lemah dalam pasaran didorong oleh data inflasi UK pada April yang menyusut ke paras terendah dalam tempoh lebih 3 tahun.

Hal ini telah mencetuskan spekulasi bahawa Bank of England (BOE) bakal meningkatkan rangsangan dan tidak terkecuali untuk melaksanakan penurunan kadar faedah ke paras negatif.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga bergerak mendatar pada Rabu di bawah paras 1.22800 berlegar di zon SBR (support become resistance) tersebut.

Harga pamerkan penurunan pada sesi New York semalam sebelum mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD sehingga penghujung sesi.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, US dolar pamerkan sedikit pengukuhan dan mendorong penurunan harga lebih rendah melepasi 1.22000.

Harga dijangka akan turun lebih rendah dengan tekanan pada dagangan Pound dan mampu mencecah semula ke zon support awal minggu pada sekitar 1.20700.

Namun jika harga kembali melonjak semula, halangan dinamik MA50 serta zon SBR 1.22800 akan diuji semula sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat