Dagangan Pound Melonjak Cecah Paras Tertinggi Terbaru Sejak Mei

297

Matawang pound melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berbanding dolar Amerika dan euro serta matawang utama lain berikutan kelemahan USD sejak awal minggu ini telah mendorong peningkatan terhadap permintaan matawang tersebut.

GBP/USD melonjak hampir 70 pips kepada 1.3060 mencecah paras tertinggi baru yang pernah dicapai sejak Mei lalu.

Peningkatan dalam dagangan pound juga turut disokong oleh jangkaan terhadap kemenangan majoriti Parti Konservatif di bawah pimpinan PM UK Boris Johnson dalam pilihan raya UK yang akan berlangsung pada minggu depan, di mana ia turut menambah keyakinan terhadap tercapainya Brexit.

Sementara itu, data PMI perkhidmatan UK mencatatkan peningkatan kepada 49.3 pada November 2019 iaitu lebih baik daripada anggaran awal pada 48.6, tetapi kekal rendah di bawah bacaan 50.0 pada bulan sebelumnya.

Hal ini berikutan daripada penurunan aktiviti perniagaan dalam tempoh lapan bulan dan pekerjaan baru susut pada kadar yang lebih cepat sejak Julai 2016, dengan pesanan baru dari luar negara memaparkan kejatuhan disebabkan ketidakpastian Brexit.

Selanjutnya, dagangan dolar USD kembali meningkat susulan terdapat laporan terbaru menyatakan Amerika Syarikat dan China semakin hampir untuk bersetuju ke atas jumlah tarif yang akan dihapuskan dalam perjanjian fasa pertama.

Laporan ini nyata telah menimbulkan kekeliruan berikutan kenyataan Presiden Donald Trump mengenai kemungkinan perjanjiannya dengan China akan dibawa sehingga pilihan raya Amerika Syarikat pada tahun 2020, selain turut digugat kelulusan rang undang-undang Hong Kong dan Xinjiang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat