Dahsyat! Dua Matawang Ini Tembus Rekod Baru Lagi

759

Dagangan matawang dolar Aussie dan dolar New Zealand menembusi paras ketinggian terbaru selepas penerbitan data ekonomi yang memberangsangkan selain turut disokong oleh kelemahan US dolar.

Pekerjaan Australia sekali lagi melangkaui jangkaan pasaran pada bulan November, di mana kadar pengangguran mencatatkan penurunan kepada 6.8% daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini pada 7.0%.

Angka yang diterbitkan Biro Statistik Australia (ABS) pada hari Khamis menunjukkan pekerjaan melonjak ketara sebanyak 90,000 pada bulan lepas, menyusuli kenaikan yang memberangsangkan pada Oktober.

Ini sekali gus menguatkan harapan pasaran bahawa peningkatan dalam pekerjaan akan mendorong pemulihan ekonomi Australia yang lebih kuat.

Bacaan data yang mengagumkan ini telah mendorong lonjakan buat dolar Aussie untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Asia dan menembusi paras ketinggian 2 setengah tahun terbaru pada 0.759000 berbanding USD.

Sementara itu, dolar kiwi melonjak paling tinggi sejak April 2018 selepas Menteri Kewangan New Zealand memberitahu bahawa beliau tidak kisah dengan nilai matawang New Zealand yang tinggi kerana ekonomi dilihat lebih kukuh daripada dijangkakan. Ini secara tidak langsung telah mendorong jangkaan kadar faedah negatif oleh bank pusat makin jauh.

Ekonomi New Zealand meningkat lebih tinggi daripada dijangkakan sebanyak 14% pada suku ketiga daripada penguncupan 11% yang direkodkan sebelum ini.

Selain itu, kedua-dua matawang ini turut disokong oleh kelemahan US dolar berikutan perkembangan positif dalam pakej rangsangan AS dan kenyataan dovish Federal Reserve.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat