Dasar Anti-Muslim Trump Tidak Akan Menjejaskan Hubungan Dua Hala Malaysia dan AS : PM

81

Presiden Baru Amerika Syarikat iaitu Donald Trump yang secara terang-terangan menyatakan pendirian anti muslim dikatakan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pendapat ini disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kerana menyifatkan bahawa negara tersebut perlu bekerjasama Malaysia serta negara-negara lain dalam pelbagai sektor.

Menurut Perdana Menteri lagi, beliau percaya bahawa Trump akan mengambil pendekatan untuk membina hubungan baik antara AS dan semua negara. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa beliau mengenali Trump secara peribadi dan Trump bukanlah individu asing buat beliau.

Dalam masa yang sama, beliau menyifatkan lelaki itu sebagai luar biasa dan keputusan mengundi Trump membuktikan bahawa rakyat Amerika mahukan seorang individu yang mampu membangunkan ekonomi negara tersebut ke arah yang lebih baik. Beliau turut percaya Trump mampu menyediakan peluang pekerjaan dan memastikan pulangan yang lebih lumayan buat Amerika Syarikat dalam tempoh pemerintahannya.

Undian Trump juga membuktikan bahawa pengundi mahu memberi peluang kepada ahli politik yang tidak pernah melibatkan diri dengan hal ehwal kerajaan sebelum ini untuk menghuni White House.

Kata-kata datuk Seri Najib ini dipetik ketika berkata dalam satu laporan kepada Bernama.

Walaupun Trump banyak mengamalkan status quo dalam dasar yang dibawanya, kesan kepada Malaysia masih tidak dapat dilihat secara jelas kerana Malaysia dihuni oleh masyarakat yang majoritinya Muslim.

Dasar “tutup pintu buat Muslim” daripada memasuki Amerika Syarikat juga belum dapat dipastikan cara pelaksanaanya. Namun dasar itu dikatakan masih memberi kebimbangan buat individu Muslim.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Meningkat Pada Suku Ketiga

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat