Dasar Trump Terus Menolak Tinggi Matawang Gergasi!

50

US Dollar melonjak dalam awal dagangan sesi Asia apabila keyakinan pelabur terhadap pengembangan dasar fiskal dan rangsangan pertumbuhan di bawah pentadbiran Trump dilihat semakin menguat.

US Dollar meningkat kepada 111.125 berbanding Yen, menjadikan angka tertinggi semenjak 31 Mei.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Selain dari dasar yang akan di bawa Trump, kenaikan matawang gergasi juga berikutan jangkaan peningkatan kadar oleh Fed yang semakin hampir.

Kebanyakan trader menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar dalam mesyuarat Disember yang bakal diadakan pada 13-14 Disember nanti.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama juga menambah kekuatan sebanyak 0.1 peratus kepada 101.34 selepas mencatat peningkatan terbesar sebanyak 4 peratus minggu lalu.

Pada hari Khamis, Pengerusi Fed, Janet Yellen memberitahu panel kongres bahawa kadar akan dinaikkan “tidak lama lagi”.

Selain itu, James Bullard, salah seorang ahli Fed yang mengundi untuk menetapkan kadar bank pusat AS berkata pada minggu lepas bahawa kenaikan kadar akan memberi kejutan buat pasaran seperti naik turun pasaran global atau penurunan data pekerjaan.

Matawang Euro meningkat 0.1 peratus kepada $1.0598, kekal berlegar ke paras tertinggi yang dicapai pada Jumaat.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

 

 Berita-Berita Penting Sepanjang Minggu (21-25 November 2016)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat