Data Bercampur-Campur Dari UK, Gbp Lemah

40

Kadar pengangguran UK yang dikeluarkan sebentar tadi berkurangan ke paras terendah 11 tahun lepas dengan kadar kenaikan gaji semakin perlahan daripada jangkaan. Pejabat Statistik Kebangsaan menyatakan kadar pengangguran jatuh ke paras 4.7% kurang daripada jangkaan 4.8%.

Claimant count yang mengira jumlah tuntutan faedah pengangguran pula berkurangan sebanyak 11,300 pada Februari berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 3,200 dan data pada bulan sebelum sebelum yang merekodkan pengurangan 42,400.

Manakala indeks purata pendapatan, termasuk bonus, meningkat sebanyak 2.2% dalam masa tiga bulan hingga Januari berbanding jangkaan penyusutan sebanyak 2.4%.

Sejurus selepas data ini dikeluarkan, Gbp/Usd jatuh ke 1.2200 dari sekitar 1.2228 sebelum data dikeluarkan. Eur/Gbp pula berada di sekitar 0.8714 dari 0.8694.

Kadar kenaikan pendapatan adalah penting dalam jangka masa sederhana, khususnya apabila Bank of England (BoE) mempertimbangkan ianya adalah penentu kepada tekanan inflasi.
Dalam mesyuarat sebelum ini, BoE mengurangkan anggaran kadar pengangguran kepada 4.5% dari 5.0%. disebabkan purata pendapatan yang masih perlahan. Hal ini akan memberikan keyakinan kepada BoE bahawa pendapatan akan kekal rendah dan mengurangkan potensi kepada pengetatan polisi. Kadar pendapatan yang perlahan juga akan akan mengurangkan perbelanjaan pengguna kerana pendapatan sebenar yang stagnan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat