Data Ekonomi Eropah Positif, EUR/USD Teruskan Kenaikan Pada Trend Bullish

763

Setelah pergerakan aktif harga pada sesi Asia disebabkan komen kontroversi oleh Penasihat Perdagangan White House Peter Navarro, pasaran kembali diredakan semula selepas kenyataan tersebut ditarik balik oleh beliau dengan menjelaskan kenyataan tersebut telah disalahertikan.

Matawang US dolar bergerak kukuh susulan komen tersebut yang menyatakan perjanjian perdagangan US-China telah berakhir. Namun setelah diredakan semula, US dolar kembali bergerak lemah.

Presiden Donald Trump juga telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter beliau dengan menyatakan hubungan perdagangan bersama China masih dalam keadaan yang baik, namun berharap China terus menepati janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap data ekonomi Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti.

Sesi pasaran Eropah menyaksikan pengukuhan dipamerkan oleh matawang Euro susulan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah mencatatkan bacaan meningkat khususnya di Perancis dan Jerman.

Ini menunjukkan perkembangan yang baik bagi kesihatan ekonomi di Eropah dengan aktiviti ekonomi yang semakin menunjukkan pemulihan selepas kesan pandemik.

Jika dilihat pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga yang turun ke paras 1.12330 kembali membuat kenaikan semula sekitar 70 pips ke paras 1.13000.

Harga yang telah membuat kenaikan semalam melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat perubahan kepada trend bullish.

Bersambung pada hari ini, dengan momentum kenaikan harga yang dipamerkan, harga berpotensi untuk kembali menuju semula ke zon resistance 1.14000 yang diuji pada 2 minggu yang lalu.

Namun jika harga membuat penurunan semula, harga dilihat akan menguji paras 1.12500 yang menjadi zon RBS (resistance become support) terbaru sebelum turun semula ke zon RBS 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat