Data GDP Kanada Positif Menekan USDCAD 100 Pip Ke Bawah

43

Pertumbuhan ekonomi (GDP) Kanada meningkat 0.6% pada pada Mei berbanding 0.2% yang direkod pada April di mana bacaan kali ini juga lebih tinggi daripada jangkaan 0.2% pasaran.

Ini merupakan kenaikan ketujuh berturut-turut dalam pertumbuhan ekonomi di mana 14 daripada 20 industri merekod pertumbuhan pada Mei sekaligus memberikan pertumbuhan 4.6% dari segi tahunan.

Sektor pembuatan barangan meningkat 1.6% di mana sektor pembuatan secara keseluruhan merekod kenaikan 1.1%, tetapi terdapat kejatuhan dalam aktiviti sektor pembinaan.

Jualan borong dan juga jualan runcit memberikan sumbangan yang signifikan di mana terdapat juga kenaikan dalam sektor kewangan dan insurans.

Sektor perkhidmatan berkembang 0.2% pada tempoh sama yang memberikan pertumbuhan tahunan sebanyak 3.0%.

Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat Julai berikutan jangkaan ekonomi yang semakin baik di mana masalah-masalah kecil dalam ekonomi yang semakin berkurangan.

Bank pusat juga akan melihat data-data yang akan dikeluarkan di masa hadapan bagi memlihat momentum ekonomi sama ada kukuh atau sebaliknya.

Terdapat laporan yang mengatakan kerajaan tidak gembira dengan tindakan bank pusat yang menaikkan kadar faedah dan dijangka BoC akan lebih berhati-hati selepas ini dalam kitaran pengetatan mereka.

Berikutan data lemah dalam komponen inflasi Amerika Syarikat, telah menyebabkan kejatuhan USDCAD sehingga lebih dari 100 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat