Data Harga Pengeluar U.S. Pada Oktober Lemah

48

Harga pengeluar bagi barang akhir (final goods) tidak berubah pada Oktober yang mencatatkan 0.00% berbanding peningkatan yang dicatatkan pada Oktober sebanyak 0.30%.

Producer Price Index (PPI) ialah indeks yang mengukur harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual oleh pengeluar.

Peningkatan tahunan berada pada paras 0.80% berbanding 0.70% tahun lepas. Bacaan ini adalah yang tertinggi sejak Disember 2014.

Core price atau harga asas pengeluar menyusut -0.20% pada bulan November yang juga di bawah jangkaan kenaikan o.20%. Core price tidak mengecualikan makanan dan tenaga (energy) dalam pengiraannya. Jika perkhidmatan perdagangan dikecualikan, kenaikan tahunan mencecah 1.60% dari 1.50% yang merupakan kenaikan tertinggi sejak September 2014.

Harga barang juga naik 0.40% pada bulan sama sementara harga perkhidmatan terus lemah walaupun berlaku kenaikan dalam pengangkutan dan kenaikan harga minyak.

Keseluruhan data menunjukkan tekanan deflasi sudah mulai reda berikutan harga terus meningkat sejak tahun lepas. Pun begitu, tiada bukti yang signifikan menunjukkan penigkatan inflasi yang kukuh. Buat masa ini inflasi hanya meningkat pada kadar yang perlahan.

Data ini dilihat tidak akan menghalang The Fed (Bank Pusat US) daripada menaikkan kadar faedah pada Disember. Pun begitu, data ini tidak menguatkan kebarangkalian kepada kenaikan kadar. Pada ketika ini kadar faedah berada di paras 90.6% menurut CME Group. Sejurus sahaja data dikeluarkan, USD melemah dengan Usd/Jpy turun ke paras 109.30 dari paras tertinggi semalam 109.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat