Data Inflasi CPI Zon-Eropah Menepati Jangkaan Pasaran

559

Ada dua data ekonomi penting yang dikeluarkan pada petang Rabu waktu Malaysia iaitu, PMI sektor pembinaan UK dan juga data inflasi (CPI) Zon-Eropah.

Bacaan yang menjadi perhatian pasaran adalah CPI Zon-Eropah yang merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Bacaan inflasi di 19 negara Eropah itu mencatat kadar 1.40% (YoY) pada Mac yang meningkat dari 1.10% sebelum ini. Walaupun kadar inflasi masih jauh daripada sasaran inflasi 2.0%, tetapi ahli-ahli bank pusat Eropah (ECB) telah mula mendebatkan hala-tuju kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Walaupun dengan bacaan inflasi yang meningkat, tetapi ia telah dijangka oleh pasaran. Oleh itu, tidak banyak kesan kepada matawang Euro pada pukul 5 petang tadi.

Data PMI Sektor Pembinaan UK

Data PMI sektor pembinaan pada bulan Mac merosot kepada 47.0 berbanding jangkaan 50.9. Bacaan di atas 50 menunjukkan aktiviti sektor ekonomi yang berkembang, manakala kurang daripada 50 adalah sebaliknya.

Tidak banyak kesan kepada matawang GBP selepas data ini dikeluarkan pada pukul 4.30 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat