Data Inflasi Pilihan The Fed Meleset Daripada Jangkaan Pasaran

70

Perbelanjaan pengguna U.S meningkat seperti jangkaan pada bulan Ogos, manakala ‘perbelanjaan penggunaan peribadi teras’ (core-PCE) meleset daripada jangkaan berdasarkan data yang dikeluarkan pada Jumaat.

PCE (personal consumption expenditure) adalah perbelanjaan penggunaan peribadi yang merupakan salah satu daripada data inflasi. Data ini adalah data yang dikatakan sebagai data inflasi pilihan utama The Fed.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, Jabatan Perdagangan menyatakan perbelanjaan peribadi meningkat 0.1% pada bulan Ogos seperti yang dijangka namun jatuh daripada bacaan 0.3% yang dicatat sebelum itu.

Perbelanjaan pengguna merupakan sumber hasil kepada pertumbuhan ekonomi U.S yang mewakili hampir 70% daripada ekonomi Amerika Syarikat.

Pendapatan individu (personal income) pula mencatat peningkatan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos seperti yang dijangkakan berbanding bulan sebelumnya yang menikmati peningkatan 0.3% selepas kajian semula.

Manakala Indeks harga teras bulan ke bulan (core-PCE) meningkat 0.1% pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya, namun peningkatan ini dibawah sasaran yang menjangkakan peningkatan 0.2%.

Indek harga teras tahunan (core-PCE) meningkat sebanyak 1.3% pada bulan Ogos, sedikit tersasar daripada jangkaan 1.4% yang yang dicatat sebelum itu.

Laporan ini juga menunjukkan data penggunaan peribadi benar (real personal consumption) jatuh 0.1% pada Ogos yang mana kurang daripada jangkaan penyusutan 0.2%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat