Data Laporan Pasaran Pekerjaan Kanada Bercampur-Campur

63

Kanada dalam laporan data pekerjaan pukul 8.30 malam mencatat data yang bercampur-campur dengan tambahan pekerjaan hanya 3,200 berbanding jangkaan pasaran sebanyak 20,000 dan data sebelum ini 19,400.

Pekerjaan sepenuh-masa merosot 31,200 sepanjang bulan April di mana pekerjaan separuh-masa bertambah 34,000.

Dari segi tahunan, dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 pekerjaan bertambah sehingga hampir 190,000 dengan kenaikan dalam pekerjaan separuh masa sebanyak 86,000.

Kadar pengangguran pula berkurangan kepada 6.5% dari 6.7% yang terendah sejak Oktober 2008 berbanding jangkaan pasaran yang kekal di paras 6.7%. Terdapat juga kemerosotan dalam kadar penyertaan dalam tenaga kerja kepada 65.6% dari 65.9%.

Sepanjang bulan April, pekerjaan dalam sektor utiliti merekod kajatuhan mendadak, begitu juga dalam sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan juga merekod kemerosotan pada tempoh sama.

Sebelum ini data pekerjaan mencatat bacaan yang begitu memberangsangkan sejak September 2016 dan bacaan kali ini adalah yang terendah sejak 8 bulan lepas sehingga April 2017.

Data secara keseluruhan masih lagi baik, tetapi bank pusat Kanada semestinya mahu kadar pengangguran rendah disumbang oleh pasaran pekerjaan yang kukuh dan bukannya kemerosotan dalam kadar penyertaan dalam pasaran buruh.

Dalam jangka pendek, tren dolar Kanada akan terus dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah global dan juga ketegangan polisi perdagangan dengan US.

Dolar Kanada ketika ini terus menguat dengan Usd/Cad jatuh hampir 90 pip sejak 8.30 malam sehinggalah pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat