Data PCE Baik, Komen Terkini Dudley Melemahkan US Dolar

70

Data inflasi tumpuan utama The Fed iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) naik 0.1% pada Februari berbanding sebelum ini yang merekodkan kenaikan 0.4% dengan bacaan tahunan mencapai 2.1% dari 1.9% sebelum ini.

Jika tidak mengambil kira harga bahan api ‘Core-PCE‘ naik 0.2% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Dalam komennya pada Khamis, Presiden Fed New York, William Dudley menyatakan risiko pertumbuhan dan inflasi bergerak ke atas secara berperingkat dan FOMC secara keseluruhan yakin inflasi akan mencapai sasaran 2%. Data ini sepatutnya mengekalkan keyakinan dalam jangka pendek kepada ahli-ahli FOMC.

Peningkatan PCE melebihi 2.0% adalah satu isyarat yang signifikan kepada The Fed, walaupun terdapat kemungkinan kadar ini jatuh semula bulan depan dengan kejatuhan harga bahan api global.

Dengan inflasi teras (core-inflation) masih kekal di bawah 2.0%, ahli-ahli yang lebih kepada ‘dovish‘ akan terus berhati-hati dalam pengetatan polisi, khususnya jika FOMC menyatakan 2% adalah sasaran dan bukannya kadar siling.

Dari segi kenaikan kadar, Dudley menegaskan ia akan bergantung kepada data-data ekonomi (data dependant).

Beliau juga memberi komen bahawa The Fed mungkin akan mengurangkan $4.5 trillion imbangan kira-kiranya seawal tahun ini yang mana lebih awal dari jangkaan penganalisis ekonomi.

“Tidak memeranjatkan saya jika tahun ini atau 2018 di mana ekonomi terus berkembang dengan baik, kita akan mula membiarkan sekuriti menjadi matang secara berperingkat daripada melaburkannya semula,” seperti yang dilakukan oleh The Fed ketika ini.” kata Dudley kepada Bloomberg.

US dolar melemah sejurus maklumat dari komen William Dudley tersebar dan diserap oleh pasaran. Emas mencatatkan kenaikan 60 pip pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat