Data Pekerjaan ADP Buruk! Adakah Ini Petanda NFP AS Akan Lemah?

1,747

Dolar greenback terus didagangkan rendah setelah ditekan oleh bacaan data pekerjaan AS sektor swasta ADP yang lebih lemah daripada jangkaan, ketika pasaran menunggu penerbitan laporan NFP pada hari Jumaat.

Sektor swasta hanya menambah sebanyak 374,000 pekerjaan baru pada bulan Ogos, jauh lebih rendah daripada yang diharapkan untuk meningkat 613,000 tetapi meningkat sedikit dari angka yang disemak semula pada Julai 326,000.

Sementara pembacaan PMI pembuatan tinjauan ISM pula menunjukkan bacaan yang lebih daripada dijangkakan pada 59.9, tetapi sub-komponen pekerjaan menurun kepada 59 dari 52.9.

Kedua-dua angka memberi petanda yang suram terhadap laporan pekerjaan NFP yang akan diterbitkan esok. Ini menyebabkan dagangan US dolar susut lebih rendah, dengan indeks dolar diniagakan pada 92.47 berbanding kebanyakan matawang utama.

Kelemahan US dolar telah membantu kenaikan euro ke paras tertinggi satu bulan, selain turut disokong oleh data bacaan akhir yang menunjukan pertumbuhan sektor pembuatan Eropah yang kuat, ditambah dengan tekanan inflasi dari rantaian bekalan.

Sementara itu, matawang pound juga naik lebih tinggi dengan sasaran harga kembali menghampiri paras 1.38000 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut memanfaatkan kelemahan greenback dengan meningkat lebih tinggi. Dolar Aussie memaparkan prestasi terbaik dengan mendapat sokongan daripada bacaan pertumbuhan ekonomi yang mengejutkan pada suku kedua.

Dolar kiwi pula diniagakan kukuh di aras harga 0.7000 ketika pelabur kini mengharapkan kenaikan kadar faedah oleh bak pusat New Zealand pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat