Data Pekerjaan Amerika Syarikat ADP-NFP Melebihi Jangkaan Pasaran

94

Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 235,000 pekerjaan pada Oktober lebih daripada jangkaan pasaran 202,000. Walaubagaimanapun, data pada September telah dikaji semula daripada 135,000 kepada 110,000.

“Pasaran pekerjaan kekal baik di mana pengambilan pekerja naik semula sehingga mencapai antara paras tertinggi tahun ini,” kata Ahu Yildirmaz, naib presiden ADP Research Institute.

“Walaupun sektor perkhidmatan merekod kejatuhan bulan lalu disebabkan faktor cuaca, kami melihat peningkatan signifikan dalam perkhidmatan professional.”

“Selain itu, perniagaan kecil merekod tambahan pekerjaan selepas kejatuhan bulan lalu yang terkesan oleh ribut yang melanda Florida.”

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak empat bulan lalu. Data ADP merekod data lemah pada bulan Jun, namun NFP merekod pengukuhan dan ini menyebabkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang begitu kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, adakah pengukuhan dalam data pekerjaan akan diterjemahkan kepada tekanan ke atas (upward pressure) harga domestik.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 3 November ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Oktober akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat