Data Pekerjaan Australia Lemah, Tekan AUD/USD Ke Paras Lebih Rendah

366

Sentimen pasaran yang dilihat lebih cenderung ke arah berisiko kekal memberi tekanan terhadap matawang komoditi untuk mengukuh dalam pasaran pada dagangan minggu ini.

Terutamanya dolar Australia, pergerakan harga kekal lemah pada sesi Asia pagi ini susulan data pekerjaan Australia diterbitkan.

Australia merekodkan kehilangan pekerjaan yang ketara pada bulan April dengan angka hampir mencapai setengah juta. Manakala kadar pengangguran pula meningkat kepada 6.2% daripada 5.2% bulan sebelumnya, dan mencapai paras tertinggi 5 tahun.

Dilihat pada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga masih meneruskan penurunan sejak semalam.

Pada dagangan semalam, harga membuat penurunan 80 pips dari paras ketinggian yang dicapai sebelumnya sekitar 0.65200 sehingga mencecah paras 0.64400 pada sesi New York. Penurunan harga didorong oleh pengukuhan US dolar susulan kenyataan positif oleh Gabenor Jerome Powell yang menidakkan penurunan kadar faedah ke paras negatif oleh bank pusat.

Susulan laporan data pekerjaan pagi ini, harga telah membuat penurunan sekitar 45 pips ke paras 0.64200 pada sesi Asia sebelum kenaikan pada penghujung sesi ke paras 0.64400.

Harga dijangka akan meneruskan penurunan dan bakal menuju zon support di sekitar 0.63800. Zon ini telah diuji sejak dagangan awal Mei namun masih gagal ditembusi harga.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan menguji halangan dinamik MA50 sebelum meneruskan kenaikan ke zon SBR (support become resistance) pada sekitar 0.65200.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon resistance di bawah paras 0.65700 yang telah diuji pada dagangan Mei dan juga pada penghujung April.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat