Data Pekerjaan Kanada Meningkat Namun Jatuh Mendadak Dalam Kerja Sepenuh Masa

54

Data pekerjaan Kanada yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan tambahan pekerjaan sebanyak 22,000 pada Ogos yang mana lebih tinggi daripada jangkaan 18,000 dan melebihi jumlah yang dicatatkan pada Julai iaitu 10,900.

Walaubagaimanapun, pekerjaan sepenuh-masa jatuh mendadak sebanyak 88,100 berbanding kenaikan 35,100 sebelum ini. Pekerjaan separuh-masa pula menambah sebanyak 110,000 pekerjaan berbanding 24,300 yang dicatatkan pada Julai.

Dari tahun ke tahun, pekerjaan sepenuh masa meningkat 213,000 dan 1.5%, manakala pekerjaan separuh-masa naik sebanyak 4.6% dalam tempoh 12 bulan sehingga Julai 2017.

Kadar pengangguran pula semakin baik, susut kepada 6.2% dari 6.3% sebelum ini yang mana adalah paras terendah sejak Oktober 2008 dan bacaan kali ini juga di bawah jangkaan 6.3%.

Berikutan kejatuhan mendadak dalam pekerjaan sepenuh-masa, terdapat kebimbangan terhadap kemampuan ekonomi Kanada untuk mencipta lebih banyak pekerjaan yang berkualiti.

Namun, keyakinan dalam pasaran pekerjaan ketika ini akan terus kekal dengan Bank of Canada menyatakan keyakinan terhadap ekonomi dalam mesyuarat baru-baru ini. Keyakinan bank pusat terhadap ekonomi dapat dilihat apabila BoC menaikkan kadar faedahnya dua kali berturut-turut pada September.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat