Data Pekerjaan Kanada Merosot, Namun USD/CAD Menjunam 140 Pips

313

Pergerakan harga pada dagangan Jumaat perlahan dengan kebanyakkan bank-bank pusat utama ditutup selepas pasaran menyaksikan pergerakan lebih rancak harga pada sesi New York semalam khususnya melibatkan matawang US dolar dan dolar Kanada.

Ini adalah disebabkan tumpuan terhadap isu minyak mentah serta laporan data pekerjaan Kanada yang mempengaruhi dagangan Loonie.

Rusia dan Arab Saudi dilaporkan telah bersetuju untuk langkah pengurangan pengeluaran minyak sehingga 20 juta tong sehari namun terhadap laporan lain yang menyatakan bantahan Mexico ke atas keputusan tersebut yang membantutkan usaha OPEC dan rakan sekutu untuk menamatkan krisis perang harga sebelum ini.

Manakala data pekerjaan Kanada yang diterbitkan semalam pula catat bacaan merosot dengan ekonomi merekodkan kehilangan lebih 1 juta pekerjaan pada bulan Mac. Kadar pengangguran pula melonjak sehingga ke paras 7.8%.

Sementara US dolar pula menyusut pada dagangan semalam selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat merekodkan bacaan lebih 6 juta untuk minggu kedua berturut-turut. Di samping itu, Federal Reserve (Fed) juga telah mengumumkan pakej rangsangan tambahan bernilai $2.3 trilion untuk menyokong ekonomi.

Harga pada dagangan USD/CAD semalam mempamerkan pergerakan volatile selepas data yang diterbitkan bersama pada awal sesi New York.

Harga cuba membuat kenaikan ke paras 1.4080 namun gagal sebelum harga menjunam lebih 140 pips mencecah paras terendah mingguan terbaru pada support 1.3930.

Selepas menguji paras tersebut beberapa kali, harga Kembali membuat kenaikan ke sekitar paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum menutup dagangan di sekitar 1.3970.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga membuat kenaikan yang lemah pada sesi Asia sebelum kembali turun semula menuju paras terendah yang dicecah semalam.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah, harga akan mencatatkan paras terendah mingguan terbaru menuju zon support sekitar 1.3800 dan juga terendah untuk tempoh 3 minggu.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan cuba melepasi halangan MA50 sebelum meneruskan kenaikan dan menguji resistance 1.4080.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju zon SBR (support become resistance) di skeitar paras 1.4200.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat