Data Pekerjaan UK Positif, Pendapatan Meningkat

48

Kadar pengangguran di UK kekal pada kadar 4.8% pada Oktober sejajar dengan jangkaan yang juga merupakan kadar terendah sejak September 2005.

Data pengangguran ini dikeluarkan selepas 45 hari bulan tersebut berakhir dan begitu juga dengan data indeks purata pendapatan.

Terdapat pengurangan yang kecil dalam jumlah gunatenaga (employment) sebanyak 6,000 dalam tiga bulan sehingga Oktober dengan peningkatan pada jumlah penduduk yang tidak aktif dalam mencari pekerjaan. Ini adalah kejatuhan pertama dalam jumlah gunatenaga tahun ini.

Manakala dalam data indeks purata pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5% dari 2.4% pada bulan sebelum yang juga melebihi jangkaan 2.3% penganalisis. Jika tidak mengambil kira bonus, peningkatan adalah sebanyak 2.6% yang merupakan paras tertinggi sejak Ogos 2015. Kadar pendapatan yang lebih tinggi akan menyokong perbelanjaan pengguna dalam masa terdekat.

Dalam data berasingan data faedah pengangguran (unemployment claimant count) meningkat 2,400 pada November lebih rendah dari jangkaan pasaran sebanyak 6,000. Claimant-count ini telah meningkat empat bulan berturut-turut.

Claimant count mengira perubahan jumlah penduduk UK yang membuat tuntutan faedah pengangguran.

Data gunatenaga atau pekerjaan UK hari ini kurang memberikan impak kepada pasaran denganpasaran menjangkakan nada dovish dari Bank of England esok dalam pentapan kadar UK. Selain itu, pasaran juga sedang memberi fokus kepada pengumuman kadar The Fed pukul 3.00 pagi nanti.

Pound Sterling atau GBP tidah banyak berubah ke arah yang signifikan dengan Gbp/usd pada masa ini masih berada di bawah 1.2700.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat