Data Pembinaan Bangunan di US Lemah, Masih Gagal Melemahkan US Dolar

57

Data pembinaan perumahan jatuh 18.7% pada November kepada jumlah 1.09 juta dari 1.34 juta pembinaan pada bulan Oktober. Angka ini lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 1.23 juta.

Pembinaan rumah di US jatuh kepada 828,000 dari 863,000 pada bulan sebelum dengan kejatuhan turut dicatatkan dalam kategori pembinaan rumah keluarga-besar walaupun pada Oktober mencatatkan bacaan yang lebih baik.

Dalam data berasingan, data permit bangunan susut 4.7% pada bulan sama kepada jumlah 1.2 juta berbanding bulan sebelum yang mencatatkan jumlah 1.26 juta dan jangkaan pasaran bagi data ini ialah 1.24 juta.

Kejatuhan dalam data ini disebabkan pembetulan (correction) daripada peningkatan yang besar pada Oktober. Ekonomi US dilihat masih berhadapan ketidaktentuan pada 2017 berikutan pentadbiran baru yang akan mengambil alih pentadbiran Amerika Syarikat.

Sejurus data dikeluarkan US dolar melemah dengan Eur/Usd naik dari 1.0430 kepada 1.0450. Walaubagaimanapun, data ini dilihat gagal melemahkan US dolar secara berterusan dengan Eur/Usd kini jatuh dan berada di paras 1.0422 semasa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat