Data Pengguna di Kanada Meleset Dari Jangkaan Pasaran, GBP/CAD Naik 160 Pip

54

Dolar Kanada melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan USD/CAD melonjak 130 pip selepas data inflasi Kanada dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi. Pasangan crosspair CAD yang lain juga menunjukkan kelemahan dolar Kanada di mana EUR/CAD naik 118 pip dan GBP/CAD naik sehingga 160 pip setakat pukul 10.00 malam.

Data inflasi Kanada lemah yang naik kurang daripada jangkaan.

Menurut laporan Statistik Kanada, indeks harga pengguna (CPI) pada September meningkat 0.2% kurang daripada jangkaan 0.3%.

Dari segi tahunan, CPI (consumer price index) naik 1.6% bulan lalu sejajar dengan jangkaan. Core-CPI atau inflasi teras pula naik 0.2% pada September.

Dolar Kanada jatuh mendadak selepas data dikeluarkan kerana inflasi merupakan tumpuan pasaran dan juga bank pusat. Bank of Canada (BoC) akan bermesyuarat pada minggu depan 25 Oktober pada Rabu.

Data jualan runcit (retail-sales) turut diumumkan pada pukul 8.30 malam tadi yang menunjukkan kejatuhan mendadak jualan pada September. Hal ini menunjukkan keyakinan pengguna yang begitu rendah.

Core retail-sales bulan lalu merosot sebanyak -0.7% berbanding jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.3%. Ini menunjukkan satu penurunan yang drastik sekaligus menekan dolar Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat