Data Perbelanjaan AS Meningkat, Pertumbuhan Ekonomi Kanada Kekal, USD/CAD Melonjak 100 Pip

66

Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat naik melebihi jangkaan pada November walaupun data pendapatan peribadi meleset daripada jangkaan. Core-PCE (bacaan teras perbelanjaan penggunaan peribadi) sejajar dengan jangkaan seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada Jumaat.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh jabatan perdagangan, perbelanjaan peribadi naik 0.6% pada November berbanding jangkaan 0.5%. Perbelanjaan pengguna adalah sumber utama pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang mewakili dua pertiga aktiviti keseluruhan ekonomi.

Pendapatan peribadi merekodkan kenaikan 0.3% pada November meleset daripada jangkaan kenaikan 0.4%.

Core-PCE yang dikatakan sebagai data inflasi keutamaan The Federal Reserve meningkat 0.1% pada November meleset daripada jangkaan 0.2%. Dari segi tahunan, data ini meningkat 1.50% berbanding 1.40% yang dicatat sebelum ini.

Data Durable-Goods

Data tempahan durable-goods iaitu tempahan barangan tahan lama meningkat kurang daripada jangkaan pada November.

Jumlah tempahan durable goods yang tidak mengambil kira tempahan kenderaan (Core durable goods) merosot 0.1% dengan bacaan tahunan merekod kenaikan 1.3% meleset daripada jangkaan kenaikan 2.0%.

Data Pertumbuhan Ekonomi GDP Kanada

Ekonomi Kanada tidak merekodkan sebarang perubahan pada Oktober selepas mencatat pertumbuhan 0.2% pada September. Sektor perkhidmatan berkembang sebanyak 0.2% pada Oktober, manakala sektor pembuatan susut 0.4% disebabkan kemerosotan aktiviti cari-gali dan minyak/gas.

Dolar Kanada merekod kejatuhan yang banyak selepas data ini dikeluarkan apabila bacaan meleset daripada jangkaan kenaikan 0.2%. USD/CAD melonjak hampir 100 pip selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Jumaat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat