Data Perumahan Yang Agak Mengecewakan Memberi Kesan Kepada Matawang Ini!

52

Matawang Aussie menjunam pada Isnin selepas data perumahan domestik dan data perdagangan China dikeluarkan lebih lemah daripada jangkaan.

Dalam sesi ini EUR/USD didagang merosot sebanyak 0.32 peratus manakala USD/JPY didagang meningkat sebanyak 0.04 peratus.

Sementara itu, dalam sesi yang sama, matawang Aussie menjunam sebanyak 0.36 peratus kepada 0.7400.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding matawang utama yang lain meningkat sebanyak 0.26 peratus selepas kali terakhir didagang menurun sebanyak 0.19 peratus kepada 98.68.

Data eksport China meningkat sebanyak 8.0 peratus dibawah jangkaan kenaikan sebanyak 10.4 peratus, manakala import meningkat 11.9 peratus, juga dibawah jangkaan sebanyak 18.0 peratus.

Terdahulu, Australia melaporkan data kelulusan bangunan menjunam sebanyak 13.4 peratus pada bulan Mac.

Minggu lepas, Euro mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam bulan berbanding US Dolllar pada hari Jumaat memandangkan pelabur menambah keyakinan terhadap kemenangan Macron walaupun data pekerjaan dilapor agak positif minggu lepas.

Jabatan buruh AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS menambah 211,000 pekerjaan bulan lalu melebih jangkaan awal.

Bukan itu sahaja, purata pendapatan setiap jam juga meningkat sebanyak 0.3 peratus pada bulan April.

Pelabur kini menunggu data inflasi dan jualan runcit dari AS bagi mengukur kekuatan ekonomi yang membolehkan kadar dinaikkan seawal bulan depan.

China Bakal Buka Zon Ekonomi Baru di Hebei

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat