Data Positif EIA Gagal Menguatkan Harga Minyak Berikutan Kenaikan Kadar The Fed

42

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 2.6 juta tong pada minggu berakhir 9 Disember berbanding 2.4 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 483.2 juta tong.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Minyak mentah US yang diimport pada masa ini berada dalam purata 7.4 juta tong sehari yang menyusut 943,000 tong dari minggu sebelum.

Harga minyak mentah jatuh pada pagi tad berikutan keputusan Fed yang telah menghilangkan selera pelabur daripada komoditi kepada bon AS serta Dollar.

Pengukuhan matawang US Dollar boleh menjejaskan permintaan minyak mentah kerana meningkatkan kos pembelian bagi pemegang matawang selain US Dollar.

Minyak West Texas intermediate (WTI) bergerak di sekitar $52.37 sejurus data EIA ini dikeluarkan semalam yang. Minyak WTI dan Brent hari ini bergerak dalam julat yang rendah yang didagangkan di paras $51.19 dan $54.31 setong pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat