Data yang Bercampur-Campur Dari Sektor Pekerjaan Australia tetap Memberi Sokongan Buat Aussie!

37

Sesi Eropah hari ini menyaksikan peningkatan dari Aussie selepas data pekerjaan yang bercampur-campur dikeluarkan. Laporan yang dikeluarkan juga isyarat pertambahan individu yang sedang menganggur di Australia.

AUD/USD dilapor meningkat sebanyak 0.99 peratus kepada 0.7514, manakala USD/JPY meningkat sebanyak 0.03 peratus.

Di Australia, laporan sektor pekerjaan bagi bulan Disember menunjukkan penambahan sebanyak 13,5000 berbanding jangkaan asal sebanyak 10,000 tambahan pekerjaan.

Participation rate juga meningkat kepada 64.7 peratus, manakala kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 5.8 peratus.

Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata pada lewat Rabu bahawa beliau menjangkakan kenaikan beberapa kali setahun disamping persekitaran ekonomi yang semakin memulih.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhr dinilai menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada 101.27.

Semalam, US Dollar mencatatkan keuntungan yang agak kukuh selepas menjunam buat lima hari berturut-turut sekali gus menghumban US Dollar ke dalam paras terendah dalam tempoh sebulan.

Emas Langsung Tidak Mempedulikan Komen yang Agak Hawkish Dari Yellen dalam Sesi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat