Dengan Pound Yang Berisiko, Boleh Ke GBP/USD Teruskan Kenaikan?

833

Goldman Sachs tidak begitu optimis terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan telah mengemaskini semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk menguncup 4.6% pada tahun ini.

Hal ini juga telah memberi kesan terhadap penyusutan US dolar pada awal permulaan dagangan minggu ini selepas penganalisis di Citi Bank telah mengubah pandangan bearish terhadap aset berisiko kepada lebih neutral.

Selain EUR/USD, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD juga turut mencatatkan kenaikan pada sesi pasaran Asia namun kenaikan dilihat perlahan dengan pelabur masih berwaspada untuk dagangan Pound.

Menambahkan kebimbangan apabila Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey telah mengirim surat pemberitahuan kepada bank-bank komersial untuk bersedia bagi kadar faedah negatif, menurut akhbar Sunday Times.

Hal ini berkemungkinan akan memberi kesan terhadap penurunan harga di carta GBP/USD semula.

Harga kini telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan yang memberi isyarat trend bullish. Kenaikan harga telah mencapai paras tumpuan 1.25000.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras rintangan pada 1.25300 sebelum kenaikan yang diteruskan akan menguji zon resistance di bawah paras 1.26500.

Namun jika harga kembali membuat penurunan di bawah paras sokongan dinamik MA50 semula, harga bakal kembali menuju zon RBS (resistance become support) dalam julat harga 1.24000-1.23600.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support tumpuan pada penghujung dagangan Jun sekitar paras 1.22500.

Data ekonomi UK pada sesi Eropah turut akan menjadi tumpuan pelabur yang akan mempengaruhi matawang Pound dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matwaang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat