Dengan Tidak disangka-sangka, Emas Naik Mendadak Semalam!

85

Harga emas meningkat lebih tinggi dalam sesi Asia sementara menantikan ucapan penting dari Perdana Menteri British, Theresa May mengenai rundingan Brexit. Dalam masa yang sama, Presiden China, Xi Jinping juga dijadualkan berucap mengenai tinjaun ekonomi global sebelum Trump dilantik secara rasmi Jumaat ini.

Emas di Comex didagang meningkat sebanyak 0.78 peratus kepada $1,205.55 satu troy ounce, manakala silver futures direkod melonjak sebanyak 0.58 peratus.

Semalam, emas meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lapan minggu kerana kebanyakan pelabur masih menantikan butiran terperinci mengenai pelan Brexit dan perlantikan Trump secara rasmi minggu ini.

Kebimbangan pelabur kekal berlarutan mengenai “hard Brexit” selepas May mengesahkan akan mencetuskan Article 50 dan memulakan proses keluar secara rasmi pada akhir Mac ini. Namun begitu, sehingga kini beliau gagal menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai rundingan yang telah dicapai.

Dalam masa yang sama, pasaran kewangan global akan terus memberikan sepenuh tumpuan kepada perlantikan Trump dan ucapan pertama beliau setelah dilantik. Hal ini demikian kerana para pelabur masih mencari arah tuju yang lebih jelas mengenai dasar ekonomi Trump yang bakal dilaksanakan sejurus selepas Trump memegang tampuk pimpinan Amerika Syarikat.

Ucapan Trump sebelum ini dikatakan mengecewakan pasaran setelah beliau gagal menunjukkan sebarang butiran yang bakal memberikan hala tuju yang jelas mengenai rancangan Presiden tersebut buat AS.

Ucapan Brexit Malam Ini, Pasaran dijangka Bergerak Pantas

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat