Deutsche Bank Antara Yang Terawal Memindahkan Pekerjanya Keluar Dari London!

61

Deutsche Bank AG merancang untuk memindahkan beberapa orang pekerjanya keluar dari kota London kepada sebuah pejabat yang disewa di Canary Wharf.

Selain itu, bank terbabit juga merancang untuk memindahkan sekurang-kurangnya separuh daripada kakitangan sokongannya dari Appold Street ke pejabat di Docklands sebelum penghujung tahun ini. Satu sumber memberitahu, bangunan itu mempunyai kira-kira 2,000 meja untuk dialihkan ke tempat yang baru.

Keputusan itu dibuat setelah memilih Canary Wharf sebagai salah satu lokasi yang baru untuk menempatkan sebilangan besar pekerjanya.

Kebanyakan bank-bank di London telah mula merancang untuk berpindah sebelum berlakunya Brexit lagi. Hal ini kerana mereka terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Bermula tahun 2015 hingga 2018, kebanyakan bank telah merancang untuk membuang kira-kira 9,000 orang pekerjanya di seluruh dunia, iaitu pengurangan sebanyak 9%.

Ketua Pegawai Eksekutif John Cryan memberitahu bahawa Deutcshe Bank antara yang telah lama merancang untuk membuang sebahagian besar dari pekerjanya untuk menstabilkan semula keuntungan syarikat.

UK Dalam Usaha Untuk Mencari Rakan Perdagangan Bebas Yang Baru

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat