Diam-Diam 3 Matawang Kripto Ini Melonjak Ketika Bitcoin Catat Harga $54,000

4,645

Bitcoin (BTC) kembali mengukuh di atas paras $50,000 sejak semalam susulan kenyataan penganalisis Bloomberg, Mike McGlone berkaitan Bitcoin yang menjadi keutamaan pelabur berbanding emas.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $54,369 dengan lonjakan 7.6% dalam tempoh 24 jam.

Pada masa yang sama, banyak altcoins menunjukkan pergerakan positif, didorong oleh lambakan projek yang mencecah rekod tertinggi pada hari ini terutama altcoin yang berkait rapat dengan projek non-fungible tokens (NFT).

Bermula dengan Ultra (UOS), menyaksikan lonjakan lebih 14% kepada $0.45 ketika projek berkaitan cross-chain dan kebolehan NFT bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Theta mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa yang terbaru, $5.14 dengan projek hard fork yang akan dilancarkan pada 10 Mac.

Sepanjang Februari, Theta menunjukkan prestasi yang baik dengan pengenalan NFT bagi streamers dan khabar Sony Europe yang menyertai program validator bagi blockchain Theta.

Enjin (ENJ) telah mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa pada 5 Mac, $1.76 ketika projeknya yang menfokuskan kepada ekosistem NFT yang lebih meluas mula menunjukkan hasil yang menguntungkan.

Naik taraf rangkaian Ethereum (ETH) kepada versi Berlin pada 14 April ini berjaya membawa harga token itu kepada $1,842 ketika artikel ini ditulis. Manakala, Chiliz (CHZ) melonjak lebih 83% kepada $0.24, disusuli dengan Hedera Hashgraph (HBAR), $0.19 (+32%) dan Decentraland (MANA), $0.5 (+28%).

Keseluruhan nilai pasaran kripto berjaya mencatatkan nilai $1.6 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat