Disangka Turun, EUR/USD Beri Petanda Untuk Melonjak Semula

1,375

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD dilihat mendatar pada Selasa selepas mencapai paras tertinggi sejak September 2018 pada hari sebelumnya.

Bacaan iklim perniagaan Jerman tinjauan ifo menunjukkan angka yang meningkat untuk bulan Julai memberi gambaran bahawa ekonomi sedang menuju ke arah pemulihan.

European Central Bank (ECB) semalam telah mengarahkan untuk bank-bank di Eropah supaya membekukan pembayaran dividen serta pembelian balik saham sehingga Januari 2021. Hal ini bertujuan untuk menyokong langkah pelonggaran bank pusat serta pemulihan ekonomi.

US dolar pula dijangka akan terus bergerak lemah menjelang keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan jangkaan berkemungkinan pelonggaran lebih lanjut oleh Federal Reserve (Fed) dalam menangani kesan buruk terhadap ekonomi AS.

Harga pada carta EUR/USD bergerak perlahan semalam meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pelabur menjangkakan perubahan trend akan berlaku.

Sebaliknya, harga kembali pamerkan kenaikan semula pada sesi Eropah hari ini selepas pergerakan perlahan sepanjang sesi Asia.

Harga menuju semula paras ketinggian 1.17800 yang dicapai pada Isnin untuk harga menguji zon resistance tersebut.

Penyusutan berterusan US dolar akan melihatkan harga meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan bacaan harga tertinggi terbaru.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku dan harga bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, pelabur akan menjangkakan trend bearish harga bermula.

Penurunan seterusnya dijangka akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.16000 sebelum harga menentukan arah pergerakan yang selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat