Dogecoin (DOGE): Adakah Skim Ponzi Atau ‘Asset Of The Year’?

1,383

Walaupun Dogecoin (DOGE) mendapat perhatian yang luar biasa gara-gara hype oleh pengasas Tesla, Elon Musk, presiden Federal Reserve Bank of Minneaopolis, Neel Kashkari berpendapat sebaliknya, melabel matawang kripto itu sebagai ‘ponzi’.

Kenyataannya itu dilontarkan dalam satu poll yang dijalankan oleh ketua pegawai undang-undang dan setiausaha korporat di Coinbase, Paul Grewal di LinkedIn berkaitan penyebutan sebenar DOGE.

“Sebutan sebenarnya ialah pon-zi.” Komen Kashkari, menerima 19 balas dengan 204 reaksi.

Bagaimanapun, sebutan sebenarnya ialah: “Do-j”.

Kashkari boleh dikatakan antara individu yang tidak gemarkan matawang kripto. Pada Februari 2020, individu tersebut memberitahu aset digital; Bitcoin (BTC) tidak sesuai dianggap sebagai matawang stabil. Malah, Kashkari turut memuji tindakan Securities and Exchange Commission (SEC) bertegas dengan penawaran syiling permulaan (ICO).

Berbeza pula bagi CEO pertukaran FTX, Sam Bankman-Fried menganggap Dogecoin sebagai ‘asset of the year’ bagi 2020 dan 2021.

Jelasnya dalam satu temubual terbaru dalam rancangan The Jax Jones dan MArtin Warner Show: “Apa yang telah diputuskan oleh masyarakat sejak tahun lalu telah mendekatkan kita dengan standard kewangan Dogecoin..Tapi, apakah yang membuatkan aset milik anda lebih baik daripada Dogecoin? Tiada. Saya tahu ia sekadar meme tetapi itulah persoalannya.”

Dogecoin bernasib baik kerana adanya Musk dan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Rata-rata pelabur DOGE juga mengetahui tentang itu dan bersedia situasi baik buruk yang juga berpunca daripada Musk.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.26, susut lebih 3% dalam 24 jam. Aset ini mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.73 pada Mei, membawa penyusutan lebih 63% kepada nilai terkini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat