Dolar Kanada Jatuh Berbanding Matawang Lain Dengan Kejatuhan Harga Minyak Mentah

42

Dolar Kanada (CAD) bergerak lebih rendah berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu selepas harga minyak mentah merosot sejak Selasa.

Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) jatuh $2.34 sejak Selasa yang merupakan penurunan terbanyak sejak bulan Jun yang lalu.

Berikut merupakan pergerakan matawang CAD setakat pukul 10.48 malam:

  • CAD/USD merosot 0.43%
  • CAD/JPY merosot 1.05%
  • CAD/EUR merosot 0.59%
  • CAD/GBP merosot 0.35%

 

Harga minyak terus jatuh menjunam pada Selasa berikutan spekulasi terhadap data inventori minyak mentah U.S. yang dijangka akan menunjukkan peningkatan yang besar.

Data rasmi laporan minyak oleh Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pukul 11.30 malam pada Rabu bagi minggu yang berakhir pada 10 November.

Berdasarkan laporan American Petroleum Institute (API) yang dikeluarkan pada Selasa, inventori minyak U.S meningkat sebanyak 6.5 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 2.2 juta tong.

Laporan API juga menunjukkan inventori minyak gasoline meningkat sebanyak 2.3 juta tong, manakala inventori minyak penyulingan jatuh sebanyak 2.5 juta tong.

Disebabkan bekalan yang meningkat di Amerika Syarikat, ini telah menyebabkan kejatuhan harga minyak mentah global termasuk Brent-oil pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat